Ueberrasche mich!

Detik-detik wanita 32 tahun nyaris maut dalam banjir lumpur

2017-03-17 10,538 Dailymotion

Seorang wanita berusia 32 tahun nyaris maut apabila terperangkap dalam banjir lumpur yang melanda di Punta Hermosa, Peru petang semalam.

Evangelina Chamorro Diaz berkata dia menyelamatkan diri dengan berpaut pada batang pokok untuk mengeluarkan dirinya daripada dihanyut arus deras banjir lumpur.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan wanita itu cuba bangun dan lantas memijak kayu-kayu yang terapung hingga ke tebing.

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menyelamatkan wanita itu.

Agensi media tempatan melaporkan wanita itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Banjir lumpur itu berlaku di Punta Hermosa, kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar Peru, Lima.

Difahamkan, hujan lebat dan cuaca panas melanda Peru sejak sebulan lalu.