Ueberrasche mich!

Detik-detik lelaki pengsan ketika dihukum sebat depan orang ramai

2017-03-03 8,681 Dailymotion

Seorang lelaki pengsan ketika menjalani hukuman sebat di hadapan orang ramai kerana didapati bersalah berdua-duaan dengan wanita bukan isterinya yang sah, di Aceh.

Menurut AFP, Herizal Yunus, 27, yang dihukum pada 27 Februari lalu didapati melanggar undang-undang Islam yang dikuatkuasakan di wilayah itu.

Dia pengsan selepas dirotan lapan kali di hadapan orang ramai.

Aceh, merupakan satu-satu wilayah di negara majoriti Islam Indonesia, yang menguatkuasakan undang-undang syariah.

Pihak berkuasa mengangkat lelaki itu ke atas pentas selepas dia pengsan ketika proses hukuman dijalankan oleh pegawai agama di luar masjid.

Bagaimanapun, doktor yang diarah memeriksa keadaan Herizal mendapati dia sihat dan dibawa semula ke atas pentas untuk menjalani baki hukuman sebanyak 14 kali sebatan.

Mahkamah syariah tempatan menjatuhkan hukuman sebatan sebanyak 22 kali ke atas tertuduh.