Ueberrasche mich!

Detik-detik Jong-nam diserang sebelum mati

2017-02-20 35,164 Dailymotion

Sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden serangan ke atas abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam sebelum mati, di kaunter daftar masuk diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Rakaman CCTV itu disiarkan di stesen TV Jepun, Fuji TV.

Berdasarkan rakaman itu, seorang wanita muncul dari belakang Jong-nam dan melakukan sesuatu terhadapnya.

Insiden tersebut dilihat berpadanan dengan rakaman bocor yang menjadi viral sebelum ini.